AD (728x60)

Book an appointment with SetMore

Sunday

Sejarah Universiti Al-Azhar

Share & Comment


Sejarah Berdirnya Al-Azhar

Di dalam sejarah dunia keilmuan, Al Azhar merupakan universiti tertua. Bukan sahaja di dalam dunia Islam, namun juga di seluruh dunia. Hal itu kerana universiti-universiti di Amerika dan Eropah baru didirikan dua abad setelah berdirinya Al Azhar. Contohnya  University of Paris didirikan pada abad ke-12 Masehi, Universiti Oxford di England pada abad ke-13, demikian juga universiti-universiti Eropah yang lain.[1]

Universiti yang mengimbangi Al Azhar dari segi sejarahnya adalah Universiti Qairawan di Kota Fez, Maroko. Bahkan ada yang mengatakan bahawa Jami’ Al Qairawan adalah Universiti tertua di dunia, kerana pengajarannya sudah bermula sejak didirikannya, iaitu sejak tahun 245 H./ 859 M., dan sampai sekarang masih berfungsi. Ketika Maghribi merdeka pada tahun 1956 M., Jami’ Al Qairawan ditetapkan menjadi universiti yang terdiri daripada tiga Fakulti: Fakulti sastra, syari’ah dan ilmu pengetahuan umum.

Sekalipun jika kita menerima bahawa Jami’ Al Qairawan adalah Universiti tertua di dunia, tetapi Al Azhar merupakan Universiti pertama yang para pengajarnya disumbangkan dananya oleh negara.

Di samping kedudukan Mesir yang strategik di tengah dunia Islam, menjadikan Al Azhar tempat tujuan menimba ilmu agama daripada para masyaikh-nya.

Peranan besar dan kedudukan tinggi Al Azhar bukan hanya kerana tertua atau tidaknya, tetapi lebih kerana besar peranan yang dijalankan dalam menjaga kemurnian ilmu-ilmu agama, peradaban Islam dan bahasa arab sebagai bahasa Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW.

Jauhar al-Ṣiqly

Al Azhar adalah sebuah masjid sekaligus universiti di kota Kaherah yang dibangun oleh Jauhar Al-Ṣiqly. Beliau ialah salah seorang tentera yang berperanan besar di dalam Dinasti Syi`ah al-Faṭhimiyyah. Beliau ialah pengasas banda Kaherah. Beliau jugalah yang menjadi orang utama yang membina Masjid al-Azhar.

Jauhar al-Ṣiqli bersama tenteranya berjaya menakluk Mesir pada bulan Jamadil Awaal tahun 256 H bersamaan bulan Mac tahun 873 M. Pada bulan Ramadhan tahun 361 H yang bertepatan bulan Jun 875 M pula, Jauhar mendirikan Masjid al-Azhar.

Al Azhar adalah masjid besar pertama yang dibangun di Kaherah. Pada saat ia dibina, ia berbentuk satu bangunan yang terbuka di tengahnya (meniru bentuk Masjidil Haram), di dalamnya ada 3 ruwaq (ruang khusus yang dipergunakan untuk kegiatan belajar), yang terbesar adalah Ruwaq Al Qiblah. Masa itu luasnya hanya setengah dari luas bangunan sekarang.

Para penguasa Bani Faṭimiyah kemudian memperluas bangunan masjid dan menetapkan wakaf khusus untuk proses pembangunannya. Seperti yang dilakukan oleh Al Aziz Nazzar (365-386 H./ 976-996 M.) yang menjadikan Al Azhar sebagai Akademi Keilmuan dan membangun tempat tinggal yang boleh menampung sebanyak 35 orang bagi pelajar kurang mampu.

Nama Al-Azhar

Nama Al Azhar berhubungan erat dengan Dinasti Fatimiyah yang mendirikannya. Disebutkan bahawa Al Azhar sebagai simbol bagi Sayidah Fatimah Azzahra R.Anha wanita Rasulullah SAW. Seperti dapat dilihat dari salah satu koridor Al Azhar diberi nama Fatimah R.Anha.

Al-Azhar Ditutup

Dinasti Fatimiyah pada mulanya adalah Dinasti Syi'ah yang berusaha untuk menyebarkan ajarannya dengan mendirikan Masjid Al Azhar.

Beberapa masa kemudian Ṣalahuddin Al Ayubi berjaya menaklukkan Dinasti Fatimiyah. Pada masa kekuasaannya, Al Azhar ditutup sama dan dilarang digunakan. Hal ini dilakukan untuk membersihkan pengaruh-pengaruh ajaran Syi'ah yang masih kental. Sebagai gantinya, Ṣalahuddin mendirikan madrasah-madrasah di sekitar Al Azhar yang mengajarkan Islam dengan pemahaman empat Mazhab Sunni, yang bangunannya masih utuh sampai saat ini. Al Azhar ditutup untuk umum selama hampir satu abad pada masa Dinasti Al Ayubi dan kemudian para bangsawan dan pejabat kerajaan mulai menaruh perhatian terhadap Al Azhar yang masih berpotensi.

Pada masa Dinasti Mamluki yang dipimpin raja Az Zahir Bibris, diadakan rekonstruksi dan perluasan Al Azhar. Raja ini memberikan sugesti untuk dibuka kembali aktifitas belajar mengajar di Al Azhar. Dan mulai tahun 665 H./ 1266-1267 M., khutbah di Masjid Al Azhar diperbolehkan kembali. Langkah positif ini memperoleh sambutan hangat dari rakyat terutama penduduk Mesir masa itu dan para penguasa berikutnya mengikuti jejak langkahnya untuk memakmurkan Al Azhar. Sehingga pancaran cahaya Al Azhar yang sudah redup padam itu kembali bersinar terang.

Kiblat Ilmu

Ketika tentara Mongolia membumi hanguskan kota Baghdad, umat Islam kehilangan Pusat Keilmuan di Timur. Ditambah lagi kota Andalus sebagai kota peradaban Islam masa itu jatuh ke tampuk kekuasaan kaum Kristian Perancis yang kemudian mereka menghilangkan seluruh simbol peninggalan peradaban Islam di sana. Setelah itu pasukan Dinasti Mamluki yang dipimpin Sultan Qathz berhasil menaklukkan pasukan Mongol yang bergerak ke arah Palestin menuju Mesir, pada pertempuran yang terkenal di 'Ain Jalut (658 H./ 1260 M.).

Khabar gembira ini menginspirasi para ulama dan penuntut ilmu datang berbondong-bondong ke Mesir yang merupakan negara Islam teraman pada masa itu. Hal ini pula membuat Al Azhar menjadi kiblat keilmuan agama bagi umat Islam, kerana di situlah para ulama dari berbagai penjuru dunia berkumpul dan menuangkan ilmu mereka. Di samping itu pula para penguasa Dinasti Mamluki sangat memperhatikan dan memelihara penerusan Al Azhar dengan mencurahkan segala kemampuannya. Harta wakaf, infak dan sedekah senantiasa mengalir tanpa henti untuk menjamin kesejahteraan dan kesinambungan para pendidik dan pelajar.

Jawatan Syeikh Al-Akbar

Dalam tradisi ilmu Islam terdapat pelbagai gelaran yang diberikan kepada ulamak seperti syeikh al-Islam, hujatul Islam, Imam al-Akbar dan lain-lain. Gelaran tersebut merupakan gelaran yang diberikan kepada  mereka yang menguasai ilmu-ilmu Islam dengan baik terutama dalam bidang fikah. Gelaran syeikh al-Islam merupakan gelaran yang dipakai oleh golongan salafus saleh daripada tabi’in seperti Said bin Musaib, Hassan al-Basri, Imam Laith bin Saad, Sufian al-Sauri, Abdullah bin Mubarak dan lain-lain. Sebelum tahun 1935M, mufti negeri Kedah dikenali sebagai Syeikh al-Islam dan kemudian  dikenali ketua Majma’ Masyakhatul-Islam (Ketua Persidangan syeikh-syeikh Islam)

Di Mesir, ulamak yang paling tinggi kedudukannya dikenali sebagai syeikh al-Azhar. Beliau berperanan untuk mengelola dan mengurus institusi al-Azhar. Al-Azhar telah mempunyai 43 Syeikh al-Azhar. Mereka terdiri daripada 17 syeikh yang bermazhab Syafi’i, 16 syeikh bermazhab Hanafi, 9 syeikh bermazhab Maliki. Gelaran ini mula diperkenalkan pada abad 17M. Pada zaman Uthmaniah, syeikh al-Azhar dilantik oleh pemerintah atas sokongan daripada ulamak keempat-empat mazhab.  Pada tahun 1922, Raja Mesir berhak memilih syeikh al-Azhar diantara tiga orang yang dicadangkan oleh Majlis Ulamak al-Azhar.

Semasa rombakan al-Azhar pada tahun 1961, pemilihan syeikh al-Azhar diputuskan oleh Presiden dan semasa zaman Anwar Sadat, jawatan Syeikh al-Azhar adalah jawatan sepanjang hayat dan tidak boleh dilucutkan kecuali kematian. Antara rombakan pada tahun 1961 juga, Syeikh al-Azhar dikenali sebagai Imam al-Akhbar dan dianggap sebagai ketua agama yang tertinggi  dan menjadi ketua dan penasihat dalam setiap perkara yang berhubung dengan pengajian Islam dan ketua Majlis tertinggi al-Azhar. Dalam kanun ini juga disebutkan bahawa Syeikh al-Azhar dipilih  daripada kalangan  Majma’ al-Buhus al-Islamiah (Badan Penyelidikan Islam) atau mereka yang mempunyai kelayakan  yang disyaratkan oleh Majma’ tersebut. Kemudian mereka mencadangkan kepada Presiden untuk disahkan. Demikian juga dalam kanun ini diwujudkan jawatan Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh al-Azhar) yang memainkan peranan semasa ketiadaan Syeikh al-Azhar. 


Syeikh al-Azhar yang pertama ialah Syeikh Muhamad al-Khuraysi (m. 1101H/1690M). Beliau bermazhab Maliki. Syeikh al-Azhar yang paling lama memegang jawatan tersebut ialah Syeikh Abdullah al-Shabrawi yang memegang selama 34 tahun. Beliau mula memegang jawatan tersebut pada tahun 1137H sehingga meninggal dunia pada tahun 1171H. Syeikh al-Azhar yang paling pendek memegang jawatan tersebut ialah Syeikh Abdul Rahman al-Nawawi iaitu selama sebulan. Antara syarat untuk memegang jawatan ini ialah berumur 45 tahun ke atas, terkenal dengan kewarakan dan ketakwaan, telah memiliki ijazah al-Alamiah (bersamaan ijazah M.A dan Ph.D), mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya lima tahun di mana-mana kuliah di Universiti al-Azhar atau pernah memegang jawatan Mufti Mesir atau pernah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Institusi Syeikh al-Azhar ini memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan masa depan al-Azhar. Syeikh Majid Salim (1882-1954M) menggariskan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh al-Azhar iaitu; mengkaji semula buku-buku pengajian agar bersesuaian dengan keadaan semasa, meningkatkan aktiviti penulisan dengan memberi anugerah sehingga lahirnya generasi ilmu, membina generasi al-Azhar yang kuat dalam membawa risalah Islam, menghantar ulamak-ulamak al-Azhar menjadi pendakwah dan penyelidik terutama di universiti-universiti Eropah, mengadakan hubungan dengan universiti-universiti lain dan `menggalakkan ulamak al-Azhar menulis dalam bahasa utama dunia dalam menjelaskan hakikat Islam.

Syeikh Muhammad Mustafa al-Maraghi (1881-1945M) menegaskan bahawa tanggungjawab utama al-Azhari ialah memelihara syiar-syiar Islam  dengan sempurna dan tidak ada orang lain yang dapat mengatasi pemeliharaannya terhadap syiar-syiar tersebut. Ia menjadi contoh teladan  dengan tingkah laku dan perbuatannya bukan sekadar dengan percakapan. Perkara ini kerana tingkah laku akan memberi kesan yang besar kepada jiwa seseorang. 

Syeikh Ibrahim Hamrus (1880-1960M) merupakan syeikh al-Azhar yang berpendirian tegas dalam melawan penjajahan Inggeris. Beliau telah menyertai peperangan melawan tentera Inggeris di Ismaliah dan menyeru rakyat Mesir atas nama al-Azhar melawan penjajah.  Akibatnya pihak penjajah telah mengadu kepada Raja Mesir untuk dilucutkan jawatannya pada tahun 1952M.

Begitu juga Syeikh al-Khadir Husain (1876-1958M) yang berpendirian tegas melawan penjajahan Perancis di Algeria. Beliau pernah menulis buku mengkritik buku Ali bin Abdul Raziq yang bertajuk “Islam dan Asas-Asas Pemerintahan.”  Beliau juga pernah mengkritik buku Taha Hussain yang bertajuk “ Syair Jahiliah’  yang mempertikaikan sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail serta menganggap cerita masyarakat jahiliah itu sebagai dongeng.  

Syeikh Abdul Halim Mahmud (1910-1978M) merupakan seorang ulamak dan Syeikh al-Azhar yang terkenal dengan kezuhudan dan kewarakan. Beliau adalah berkelulusan Ph.D dari Universiti Serbon, Perancis pada tahun 1940 dalam kajian Tasauf Islam. Tajuk Ph.D beliau ialah berkaitan tentang Haris bin Asad al-Muhasibi. Beliau dilantik menjadi Dekan Usuluddin pada tahun 1964. . Pada tahun 1970, beliau dilantik menjadi Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh Al-Azhar) dan pada tahun   1973 dilantik menjadi Syeikh al-Azhar. Beliau telah mengarang 68 buah buku Antara pendirian tegasnya ialah menentang Undang-Undang Kekeluargaan yang mengharamkan talak dan melarang poligami. Pada tahun 1974, pihak pemerintah telah mengeluarkan arahan agar al-Azhar dirombak dan al-Azhar dibawah penguasaan menteri yang mengakibatkan al-Azhar hilang  kebebasan. Lalu beliau telah menghantar surat kepada Anwar Sadat melepas jawatan pada 1 Ogos 1974 dan tidak akan memegang jawatan tersebut kecuali digugurkan keputusan untuk menyerahkan al-Azhar kepada pentadbiran menteri. Antara sumbangan besar beliau ialah memantapkan Majma’ al-Buhuth al-Islamiah dan menggesa agar segala harta wakaf al-Azhar dikembalikan semula kepada al-Azhar untuk dibangunkan bagi tujuan dakwah.

Antara Syeikh al-Azhar ialah Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq (1917-1996M) Beliau pernah menjadi Mufti Mesir dalam era pemerintahan Anwar Sadat. Kemudian beliau dilantik Menteri Wakaf  dan kemudian menjadi Syeikh al-Azhar pada tahun 1982. Beliau mempunyai pendirian yang tegas terutama dalam menentang  Persidangan Penduduk di Kaherah  pada tahun 1994  yang mengharus perhubungan homoseksual dan mengharuskan penguguran dan Muktamar Wanita pada tahun 1995 di Beijing. Dalam kenyataannya, kedua-dua persidangan tersebut adalah bertentangan dengan nilai-nilai akhlak manusia yang waras Beliau juga telah mengeluarkan fatwa bahawa tidak harus untuk pergi ziarah bagi menunaikan solat di Baitil Maqdis sehinggalah ia dikembalikan kepada umat Islam.

Syeikh Muhamad Sayyid Tantawi merupakan Syeikh al-Azhar sejak tahun 1996. Sebelum menjadi syeikh al-Azhar, beliau pernah menjadi Mufri Mesir, Dekan Kuliah dan mengajar di Kuliah Usuluddin. Beliau mendapat Ijazah kedoktoran daripada Universiti al-Azhar dalam bidang Tafsir dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di beberapa universiti di Iraq, Libya dan Arab Saudi. Beliau terkenal sebagai seorang yang alim dalam ilmu tafsir dan mempunyai Kitab “Tafsir al-Wasit” sebanyak 15 jilid. Beliau juga terkenal dengan kewarakan, bercakap dengan lembut dan mudah difahami. Semasa pertemuan penulis dengan Syeikh Muhamad Sayyid Tantawi pada tahun 2004 di pejabatnya, beliau memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju dan berharap agar umat Islam dapat meningkatkan dakwah Islamiah.

Semasa era pentadbirannya, beliau sentiasa memberi perhatian kepada peningkatan dan penguasaan ilmu dalam kalangan mahasiswa Malaysia di al-Azhar. Beliau sering menyuarakan agar mahasiswa Malaysia bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menguasai Bahasa Arab dengan baik. Anugerah Doktor Kehormat yang diberikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2008 kepada Syeikh Muhamad Sayyid Tantawi merupakan pengiktirafan atas sumbangan beliau yang besar kepada mahasiswa Malaysia di al-Azhar dan dunia Islam. Penganugerahan ini juga akan mengeratkan hubungan al-Azhar dengan Malaysia terutama dalam bidang keilmuan.[2]

Keilmuan Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi terutama dalam bidang tafsir tidak boleh dipertikaikan walaupun beliau mempunyai perbezaan pendapat dalam beberapa perkara seperti pandangannya mengenai riba bank yang dianggap bukan salah satu bentuk  riba yang diharamkan. Beliau menyatakan perkara tersebut dalam  bukunya bertajuk “Mu’amalat al-Bunuk wa Ahkamuha al-Syar’iah”  (Muamalat Bank dan Hukum Syariat Mengenainya) yang diterbitkan pada tahun 1990. Kenyataan beliau ini telah mendapat bantahan ramai para ulamak termasuk Yusuf al-Qaradawi dan Jadul Hak Ali Jadul Hak, Syeikh al-Azhar ketika itu. Syeikh Muhamad Sayyid Tantawi juga pernah mengeluarkan kenyataan mempertahankan Islam daripada tuduhan Baba Vatikan yang mengatakan bahawa Islam tersebar melalui kekerasan, keganasan dan pedang. Majalah al-Azhar keluaran Disember 2006, menyiarkan kenyatan penuh dan sanggahan beliau terhadap isu itu sebanyak 45 halaman. Dalam kenyataan itu, beliau menegaskan bahawa Islam adalah agama yang disebarkan atas kerelaan penganutnya bukan melali paksaan. Beliau memgemukakan hujah-hujah al-Quran, al-hadis dan sejarah dalam membuktikan perkara tersebut.

Berikut ialah nama-nama Syeikh al-Akbar:

1. Syekh Imam Asy Syarief Muhamad bin Abdullah Al Kharasyi Al Maliki

2. Syekh Imam Ibrahim Muhammad Al barmawi

3. Syekh Imam Muhammad An Nasyraty Al Maliki

4. Syekh Imam Abd el-Baqi Al Qulaeny Al Maliki

5. Syekh Imam Muhammad Syanan Al Maliki

6. Syekh Imam Ibrahim Musa Al Fayoumy Al maliki

7. Syekh Imam Abdellah Al Syabrawi Asy syafi'i

8. Syekh Imam Muhammad Salim Al Hifny Asy syafi'i

9. Syekh Imam Abd Raouf Muhammad As Sujaeni Asy syafi'i

10. Syekh Imam Ahmad Abdel Monem Ad damanhuri

11. Syekh Imam Abdurrahman Umar Al Hanafi

12. Syekh Imam Abu Shalah Ahmad Musa Al Arusy Asy Syafi'i

13. Syekh Imam Abdullah Asy Syarqawi Asy Syafi'i

14. Syekh Imam Muhammad Asy Syanwani

15. Syekh Imam Muhammad Al Arusi

16. Syekh Imam Ahmad Ali Ad Damhuji

17. Syekh Imam Hasan Muhammad Al 'Athar

18. Syekh Imam Hasan Al Quesni

19. Syekh Imam Ahmad Ash Shaim As safti

20. Syekh Imam Ibrahim Al Bajuri

21. Syekh Imam Musthafa Al Arusi

22. Syekh Imam Muhammad Al Abbasi Al Mahdi Al Hanafi

23. Syekh Imam Muhammad Al Imbabi Asy Syafi'i

24. Syekh Imam Hasunah An Nawawi Al Hanafi

25. Syekh Imam Ali Muhamad Al Bablawi Al Maliki

26. Syekh Imam Salim Al Bisyri Al Maliki

27. Syekh Imam Ali Muhammad Al Bablawi Al Maliki (yang kedua kali)

28. Syekh Imam Abdurrahman Asy Syirbini

29. Syekh Imam Hasunah An Nawawi Al Hanafi (yang kedua kali)

30. Syekh Imam Salim al-Bisyri Al-Maliki (yang kedua kali)

31. Syekh Imam Muhammad Abu Fadhal Al Gizawi

32. Syekh Imam Muhammad Musthafa Al Maragi

33. Syekh Imam Muhammad Al Ahmady Adzawahiri

34. Syekh Imam Muhammad Musthafa Al Maragi (yang kedua kali)

35. Syekh Imam Musthafa Abdurraziq

36. Syekh Imam Muhammad Ma'mun Asy Syanwani

37. Syekh Imam Abdul Majid Salim

38. Syekh Imam Ibrahim Hamrusi

39. Syekh Imam Abdul Majid Salim (yang kedua kali)

40. Syekh Imam Muhammad Al Hadhr Husein

41. Syekh Imam Abdul Rahman Taj

42. Syekh Imam Mahmud Syaltut

43. Syekh Imam Hasan Ma'mun

44. Syekh Imam Muhammad Al Fahham

45. Syekh Imam Gadul Haq Ali Gadul Haq

46. Syekh Imam Muhammad Sayyed Thantahwi

47. Syekh Imam Ahmad Thayib


Sistem Pendidikan Masa Lalu

Sebelum ini, masjid al-Azhar digunakan sebagai tempat pengajian ilmu yang pelbagai tanpa sistem yang begitu tersusun rapi. Kemudian pada tahun 1911, Al Azhar beralih ke peringkat baru dalam sistem pendidikan dengan bertambahnya subjek-subjek pelajaran yang disampaikan.

Al Azhar tunduk kepada keputusan UU No. 10 tahun 1911 tersebut dengan berbagai perubahan yang ditetapkan setelahnya. Sampai kemudian keluar UU No. 33 tahun 1923 untuk membentuk Bagian Spesialisasi. Pada tanggal 24 Jumadil Akhir 1349 H./ 1930 M., dikeluarkan SK dengan UU No. 49 tahun 1930 yang mengatur ulang sistem Masjid Al Azhar serta lembaga-lembaga ilmu agama Islam. UU ini mulai berlaku pada tahun 1931.


UU ini telah membentuk pendidikan di Al Azhar menjadi empat tingkat:


1. Ibtida'i. Masa pendidikannya empat tahun. Subjek yang diajarkan: Fiqh, Akhlak, Tajwid, Hafalan Al Qur'an, Tauhid, Sirah Nabi Muhammad SAW, Muthala'ah dan Mahfuzhat, Mengarang, Nahwu, Sharf, Dikte, Kaligrafi, Sejarah, Geografi, Ilmu Matematik, Sains, dan lain-lain.


2. Tsanawi. Masa pendidikan lima tahun. Subjek yang disampaikan: Fiqh, Tafsir, Hadits, Tauhid, Hafalan Al Qur'an, Nahwu, Sharf, Balaghah (bayan, badi', ma'ani), Ilmu Syair, Muthala'ah dan Mahfuzhat, Mengarang, Sastra Arab, Matematika, Ilmu Biologi, Kimia dan sejarahnya, Mantiq, Sejarah, Geografi, Akhlak, Pendidikan Kenegaraan.


3. 'Aly. Masa pendidikan empat tahun dan terbagi menjadi empat Fakulti:

A. Fakulti Bahasa Arab. Subjek yang diajarkan: Nahwu, Wadh'u, Sharf, Mantiq, Balaghah, Sastra Arab dan Sejarahnya, Sejarah Arab Pra Islam, Sejarah Bangsa-bangsa Islam, Tafsir, Hadits, Tauhid, Mengarang dan Fiqh Bahasa Arab.


B. Fakulti Syari'ah. Subjek yang diajarkan: Tafsir, Matan Hadits, Mushtalah Hadits dan Perawi Hadits, Ushul Fiqh, Sejarah Syari'at Islam, Fiqh berkomparasi pada problematika global serta hikmah penetapan hokum Islam, Sastra Bahasa Arab, Ilmu Balaghah dan Mantiq.


C. Fakulti Ushuluddin. Subjek yang disampaikan: Tauhid dilengkapi dengan argument dan sangkalan syubhat yang marakk dewasa ini, Ilmu Logika dan Debat, Filsafat dilengkapi bantahan terhadap filsafat yang berlawanan dengan agama, Akhlak, Tafsir, Hadits, Sastra dan Sejarah Bahasa Arab, Sejarah Islam, Ilmu Jiwa dan Ilmu Balaghah.


Ada juga bagian pendidikan lain yang tidak termasuk ke dalam sistem di Al Azhar di mana para anak didiknya tidak memenuhi syarat bila mendaftar di Fakulti atau bagian resmi. Banyak juga di antara mereka yang berminat ingin memperluas wawasan Bahasa Arab dan Ilmu Agamanya.


Ijazah Al Azhar


Ijazah Al Azhar yang akan diberikan kepada mereka yang berjaya pada ujian akhir masa pendidikannya adalah sebagai berikut:

1. Ijazah Ibtida'i. Diberikan kepada mereka yang telah menamatkan level ibtida'inya dan memberikan hak kepada pemegangnya untuk melanjutkan ke jenjang level Tsanawi Bagian Pertama.

2. Ijazah Tsanawi Bagian Pertama. Diberikan kepada mereka yang menyelesaikan tahun pertama, kedua dan ketiga di Tsanawi Bagian Pertama dan memberikan hak bagi pemegangnya untuk melanjutkan ke jenjang berikutnya Tsanawi Bagian Kedua.

3. Ijazah Tsanawi Bagian Kedua. Diberikan kepada mereka yang menyelesaikan masa pendidikannya tahun keempat dan kelima dari Tsanawi Bagian Kedua dan memberikan hak penuh kepada pemegangnya untuk bergabung di Fakulti yang ada.

4. Ijazah 'Aliyah. Dianugerahkan kepada mereka yang menamatkan masa pendidikannya di salah satu Fakulti. Bagi pemegangnya dapat bekerja pada bagian Tata Usaha di Masjid Al Azhar, Lembaga Agama, Peradilan Agama, Majelis Hisbah dan Wakaf, Mengajar di Masjid-masjid, Menjadi Khatib, Imam Masjid dan Penghulu Resmi di Kantor Urusan Agama.

5. Ijazah 'Alamiyah. Dianugerahkan kepada mereka yang menamatkan pendidikan spesialisasi profesi atau Subjek. Mereka yang memperoleh ijazah ini bisa mengajar di Lembaga-lembaga Pendidikan Agama atau Sekolah-sekolah Pemerintah. Bisa juga mengajukan ke Peradilan Agama, Lembaga Fatwa, Advokasi di Peradilan Syari'ah dan Majelis Hisbah.

6. Ijazah 'Alamiyah dengan gelar Ustadz (Profesor). Dianugerahkan kepada mereka yang ahli dalam satu bidang pendidikan. Bagi pemegangnya boleh mengajar di Fakulti-Fakulti dan di bagian spesialisasi.

Wajah Moden Al Azhar

Pada tahun 1961, pada masa Syeikh Mahmud Syaltut, dikeluarkanlah undang-undang no. 103 tahun 1961 yang menetapkan Fakulti-Fakulti cabang ilmu pengetahuan umum, seperti Fakulti kedokteran, perdagangan, tehnik, pertanian, farmasi, dan lainnya yang dapat kita saksikan hingga sekarang. Ini merupakan kemajuan yang patut kita syukuri.

Sebagai universiti moden, Al Azhar turut membuka model kuliah yang diklasifikasikan dalam dua kelompok Fakulti: ‘Ilmi (sains) dan Adaby (agama). “Gedung pusat” kedua bentuk Fakulti itu juga terpisah, Fakulti-Fakulti ‘Ilmi sebagian besar menempati kawasan Nasr City. Sedangkan yang Adaby umumnya berada di daerah Husein, kedua-duanya masih dalam kota Kaherah.

Meskipun ada kumpulan Fakulti, namun bukan maksud Al Azhar untuk memisahkan studi bidang umum dan agama, tetapi lebih sebagai upaya menuju spesialisasi bidang pendidikan bagi para mahasiswanya. Al Azhar juga menyediakan Fakulti khusus wanita (Kulliyatul Banat) yang terpisah dari mahasiswa lelaki (Banin).

Selain universitinya yang berkedudukan di Kaherah, Al Azhar telah lama membuka cabang-cabangnya di berbagai negeri di Mesir, seperti di Iskandariyah, Thanta – Muhafadzoh Gharbiyah, Manshurah dan Tafahna Al Asyraf – Muhafadzoh Daqahliah, Zagaziq – Muhafadzoh Syarqiyyah, Assyuth, Dimyath, Damanhur – Muhafadzoh Buhairah dan sebagainya.

Fakulti-Fakulti Al Azhar Agama lelaki terdiri dari:

I. Fakulti Ushuluddin(Gelar License); masa kuliah selama empat tahun, dengan jurusan-jurusan sebagai berikut:

a. Tafsir dan Ilmu-Ilmu Al Qur'an

b. Hadis dan Ilmu Hadis

c. Akidah Falsafah

d. Dakwah dan Peradaban Islam

II. Fakulti Syari'ah (Gelar License); dengan jurusan sebagai berikut:

a. Program Under Graduate, dengan jurusan:

1. Syariah Islamiyah (4 tahun)

2. Syariah dan Hukum (5 tahun)

b. Program Post Graduate, dengan jurusan:

a. Ushul Fiqh

b. Perbandingan Mazhab

c. Perbandingan Hukum

d. Sosial Politik.

III. Fakulti Dakwah (Gelar License); jurusan-jurusannya baru ada pada Post Graduate:

1. Perbandingan Agama

2. Kebudayaan Islam.

IV.Fakulti Studi Islam (Gelar License); dengan jurusan pada Post Graduate:

V. Fakulti Bahasa Arab (Gelar License); dengan jurusan:

1. Bahasa Arab dan Adab (Umum)

2. Sejarah dan Peradaban,

3. Pers dan Informasi.

Fakulti-Fakulti Agama Al Azhar Wanita:

I. Fakulti Pendidkan Islam dan Bahasa Arab (Gelar License); dengan jurusan sebagai berikut:

1. Syari'ah Islamiyah

2. Ushuluddin

3. Bahasa Arab

Fakulti-Fakulti Umum lelaki Universiti Al Azhar Mesir:

1. Fakulti Perdagangan (Gelar Bachelor).
Penjurusan dimulai pada tingkat III:
Jurusan A’mal wa Muhasabah (Management).
Ihsha’ (Akutansi).

2. Fakulti Farmasi (Gelar Bachelor).

3. Fakulti Kedokteran Gigi (Gelar Bachelor).
Diawali satu tahun masa persiapan sebelum kuliah dan satu tahun masa praktek setelah kuliah.

4. Fakulti Pertanian (Gelar Bachelor).
Penjurusan dimulai pada tingkat III:
Jurusan Umum.
Jurusan Pembasmi Hama.
Jurusan Persusuan.
Jurusan Ekonomi Pertanian.
Jurusan Perkebunan.
Jurusan Produksi Hewan.
Jurusan Pengadaan Pangan.
Jurusan Pertenaian Genetika Serangga Produktif.
Jurusan Agronomi.
Jurusan Agrologi.
Jurusan Teknik Pertanian.
Jurusan Produksi Pertanian.
Jurusan Penyakit Tumbuh-tumbuhan.
Jurusan Hewan Pertanian dan Nematoda.
Jurusan Produksi Ikan.

5. Fakulti Teknik (Gelar Bachelor).
Penjurusan dimulai pada tingkat I:
Jurusan Teknik Sipil.
Jurusan Teknik Rancang Bangun.
Jurusan Teknik Mesin.
Jurusan Sistem Teknik dan Akutansi.
Jurusan Teknik Pertambangan dan Perminyakan.
Jurusan Teknik Elektro.

6. Fakulti Bahasa dan Terjemah (Gelar Bachelor).
Penjurusan dimulai pada tingkat I:
Jurusan Bahasa dan Sastra Inggris.
Jurusan Bahasa dan Sastra Spanyaol.
Jurusan Bahasa dan Sastra Ibrani.
Jurusan Bahasa dan Sastra Turki.
Jurusan Bahasa dan Sastra Prancis.
Jurusan Bahasa dan Sastra Jerman.
Jurusan Bahasa dan Sastra Parsi.
Jurusan Bahasa dan Sastra Afrika.
Jurusan Bahasa Urdu.
Jurusan Bahasa Eropa Lama.
Jurusan Bahasa Cina.
Jurusan Terjemah Bahasa Inggris.
Jurusan Studi Islam dengan Bahasa Inggris.
Jurusan Studi Islam dengan Bahasa Jerman.
Jurusan Studi Islam dengan Bahasa Prancis.

7. Fakulti Sains (Gelar Bachelor).
Penjurusan dimulai pada tingkat I:
Jurusan Fisika.
Jurusan Kimia.
Jurusan Biologi.
Jurusan Botani.
Jurusan Mikrobiologi.
Jurusan Zoologi.
Jurusan Matematika.
Jurusan Fisiologi.

8. Fakulti Pendidikan (Gelar License).
Penjurusan dimulai pada tingkat I:
Jurusan Studi Islam.
Jurusan Studi Arab.
Jurusan Studi Inggris.
Jurusan Geografi.
Jurusan Sejarah.
Jurusan Perpustakaan.
Jurusan Informasi dan Teknologi Pendidikan.
Jurusan Bidang Penyuluhan dan Kemasyarakatan.


Fakulti-Fakulti Umum Wanita Universiti Al Azhar Mesir:

1. Fakulti Study Kemanusiaan.
Memiliki beberapa bidang (syu’bah) sbb:
Bidang Humaniora (Gelar License).
Jurusan Psikologi
Jurusan Sosiologi Sejarah
Jurusan Geografi
Bidang Bahasa Eropa dan Terjemahan (Gelar License).
Jurusan Bahasa Inggris dan Terjemah
Jurusan Bahasa Prancis dan Terjemah
Bidang Bahasa Timur (Gelar License).
Jurusan Bahasa Parsi dan Ibrani
Bidang Tarbiyah (Gelar License).
Jurusan Adab dan Tarbiyah
Bidang Manuskrip, Perpustakaan dan Informasi (Gelar License).

2. Fakulti Perdagangan (Gelar Bachelor).
Penjurusan dimulai pada tingkat III:
Idarah A’mal wa Muhasabah (Management).
Ihsha’ (Akutansi).
Iqtishad (Ekonomi).

3. Fakulti Kedokteran (Gelar Bachelor).

4. Fakulti Farmasi (Gelar Bachelor).

5. Fakulti Sains (Gelar Bachelor).
Penjurusan dimulai pada tingkat I:
Jurusan Fisika.
Jurusan Kimia.
Jurusan Botani.
Jurusan Zoologi.
Jurusan Matematika.

Untuk Fakulti-Fakulti agama bagi orang asing (selain Mesir) tidak dipungut yuran kuliah, sedangkan untuk Fakulti umum bagi orang asing diwajibkan membayar yuran kuliah, kecuali mereka yang mendapatkan beasiswa.

Disamping semua yang telah disebutkan diatas, Al Azhar juga mempunyai lembaga-lembaga pendidikan yang terdiri dari Madrasah Ibtidai'yah, I'dadiyah, Tsanawiyah, Sekolah Pendidikan Guru dan Institut Seni Membaca dan Menghafal Al Qur'an.

Program Pendidikan

Pada setiap Fakulti Al Azhar terdapat dua program:

a. Program Under Graduate, dengan masa kuliah minima empat tahun. Lulusan program ini mendapat gelar Lc. (Licence) atau BA. (Bachelor). Masa aktif kuliah dimulai pada bulan September sampai Desember dengan ujian term I sekitar bulan Januari kemudian dilanjutkan pada pertengahan Februari. Bulan Mei diakhiri dengan ujian term II dilanjutkan ke bulan Juni. Pada program ini mahasiswa dituntut untuk:

1. Lulus pada setiap mata kuliah, apabila tidak lulus lebih dari dua mata kuliah dianggap tidak naik tingkat dan harus mengulang mata kuliah yang tertinggal ditahun berikutnya. Kesempatan mengulang selama dua tahun berturut-turut, kalau masih gagal juga akan diberhentikan (mafsul/DO).

2. Diwajibkan menghafal Al-Qur'an sebanyak 2 juz untuk setiap tingkat bagi mahasiswa asing non Arab.

b. Program Post Graduate (Dirasah 'Ulya), dibagi dalam dua program:

1. Program Magister (Master), dengan masa pendidikan selama dua tahun setelah Lc, ditambah dua tahun penulisan tesis. Untuk meraih gelar Master dituntut:

- Hafal Al Qur'an 30 Juz bagi orang Arab dan 8 juz bagi non Arab.

- Lulus setiap mata kuliah pada ujian lisan dan tulisan yang diadakan dalam dua gelombang setiap tahunnya. Jika tidak lulus dalam satu mata kuliah harus mengulang seluruh mata kuliah pada gelombang selanjutnya, dan diberi kesempatan mengulang maksimal tiga tahun berturut-turut.

- Pada masa penulisan tesis harus mengajukan judul dengan kerangka pembahasan, setelah diterima kemudian ditentukan pembimbing.

2. Program Doktor (DR/ PhD).

- Program ini berlaku hanya untuk lulusan Magister, dan diberi waktu untuk penulisan disertasi minimal dua tahun.

- Setelah diterima judul disertasinya, kemudian akan ditentukan pembimbingnnya.

______________________

Disusun semula dalam bahasa Melayu (Malaysia) oleh: Syihabudin Ahmad.

Tags:

Written by

Ustaz Syihabudin merupakan Pengarah Urusan Syihab Educonsult. Beliau telah berpengalaman lebih 7 tahun menguruskan pelajar menyambung pengajian ke Mesir. Beliau juga adalah salah seorang daripada Perunding Pendidikan Syihab Educonsult.

0 comments:

Post a Comment

 

Educational Consultant

Book an appointment with SetMore

Kenapa Memilih Kami?

Sepanjang menguruskan pelajar selama lebih 7 tahun, kami sentiasa berusaha supaya semua pelajar mendapat penerangan yang mencukupi serta mendapat tempat di tempat pengajian yang diingini. Alhamdulillah, 100% pelajar kami mendapat tempat.
Copyright © Syihab Educonsult | Designed by Templateism.com