Di dalam
sejarah dunia keilmuan, Al Azhar merupakan universiti tertua. Bukan sahaja di dalam
dunia Islam, namun juga di seluruh dunia. Hal itu kerana universiti-universiti
di Amerika dan Eropah baru didirikan dua abad setelah berdirinya Al Azhar.
Contohnya University of Paris didirikan
pada abad ke-12 Masehi, Universiti Oxford di England pada abad ke-13, demikian
juga universiti-universiti Eropah yang lain.[1]
Universiti yang
mengimbangi Al Azhar dari segi sejarahnya adalah Universiti Qairawan di Kota
Fez, Maroko. Bahkan ada yang mengatakan bahawa Jami’ Al Qairawan adalah Universiti
tertua di dunia, kerana pengajarannya sudah bermula sejak didirikannya, iaitu
sejak tahun 245 H./ 859 M., dan sampai sekarang masih berfungsi. Ketika Maghribi
merdeka pada tahun 1956 M., Jami’ Al Qairawan ditetapkan menjadi universiti
yang terdiri daripada tiga Fakulti: Fakulti sastra, syari’ah dan ilmu
pengetahuan umum.
Sekalipun jika
kita menerima bahawa Jami’ Al Qairawan adalah Universiti tertua di dunia,
tetapi Al Azhar merupakan Universiti pertama yang para pengajarnya disumbangkan
dananya oleh negara.
Di samping kedudukan
Mesir yang strategik di tengah dunia Islam, menjadikan Al Azhar tempat tujuan
menimba ilmu agama daripada para masyaikh-nya.
Peranan besar
dan kedudukan tinggi Al Azhar bukan hanya kerana tertua atau tidaknya, tetapi lebih
kerana besar peranan yang dijalankan dalam menjaga kemurnian ilmu-ilmu agama,
peradaban Islam dan bahasa arab sebagai bahasa Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW.
Jauhar al-Ṣiqly
Al Azhar adalah
sebuah masjid sekaligus universiti di kota Kaherah yang dibangun oleh Jauhar Al-Ṣiqly.
Beliau ialah salah seorang tentera yang berperanan besar di dalam Dinasti
Syi`ah al-Faṭhimiyyah. Beliau ialah pengasas banda Kaherah. Beliau jugalah yang
menjadi orang utama yang membina Masjid al-Azhar.
Jauhar al-Ṣiqli
bersama tenteranya berjaya menakluk Mesir pada bulan Jamadil Awaal tahun 256 H
bersamaan bulan Mac tahun 873 M. Pada bulan Ramadhan tahun 361 H yang
bertepatan bulan Jun 875 M pula, Jauhar mendirikan Masjid al-Azhar.
Al Azhar adalah
masjid besar pertama yang dibangun di Kaherah. Pada saat ia dibina, ia
berbentuk satu bangunan yang terbuka di tengahnya (meniru bentuk Masjidil
Haram), di dalamnya ada 3 ruwaq (ruang khusus yang dipergunakan untuk kegiatan
belajar), yang terbesar adalah Ruwaq Al Qiblah. Masa itu luasnya hanya setengah
dari luas bangunan sekarang.
Para penguasa
Bani Faṭimiyah kemudian memperluas bangunan masjid dan menetapkan wakaf khusus
untuk proses pembangunannya. Seperti yang dilakukan oleh Al Aziz Nazzar
(365-386 H./ 976-996 M.) yang menjadikan Al Azhar sebagai Akademi Keilmuan dan
membangun tempat tinggal yang boleh menampung sebanyak 35 orang bagi pelajar
kurang mampu.
Nama Al-Azhar
Nama Al Azhar
berhubungan erat dengan Dinasti Fatimiyah yang mendirikannya. Disebutkan bahawa
Al Azhar sebagai simbol bagi Sayidah Fatimah Azzahra R.Anha wanita Rasulullah SAW.
Seperti dapat dilihat dari salah satu koridor Al Azhar diberi nama Fatimah R.Anha.
Al-Azhar Ditutup
Dinasti
Fatimiyah pada mulanya adalah Dinasti Syi'ah yang berusaha untuk menyebarkan
ajarannya dengan mendirikan Masjid Al Azhar.
Beberapa masa
kemudian Ṣalahuddin Al Ayubi berjaya menaklukkan Dinasti Fatimiyah. Pada masa
kekuasaannya, Al Azhar ditutup sama dan dilarang digunakan. Hal ini dilakukan
untuk membersihkan pengaruh-pengaruh ajaran Syi'ah yang masih kental. Sebagai
gantinya, Ṣalahuddin mendirikan madrasah-madrasah di sekitar Al Azhar yang
mengajarkan Islam dengan pemahaman empat Mazhab Sunni, yang bangunannya masih
utuh sampai saat ini. Al Azhar ditutup untuk umum selama hampir satu abad pada
masa Dinasti Al Ayubi dan kemudian para bangsawan dan pejabat kerajaan mulai
menaruh perhatian terhadap Al Azhar yang masih berpotensi.
Pada masa
Dinasti Mamluki yang dipimpin raja Az Zahir Bibris, diadakan rekonstruksi dan
perluasan Al Azhar. Raja ini memberikan sugesti untuk dibuka kembali aktifitas
belajar mengajar di Al Azhar. Dan mulai tahun 665 H./ 1266-1267 M., khutbah di
Masjid Al Azhar diperbolehkan kembali. Langkah positif ini memperoleh sambutan
hangat dari rakyat terutama penduduk Mesir masa itu dan para penguasa
berikutnya mengikuti jejak langkahnya untuk memakmurkan Al Azhar. Sehingga
pancaran cahaya Al Azhar yang sudah redup padam itu kembali bersinar terang.
Kiblat Ilmu
Ketika tentara
Mongolia membumi hanguskan kota Baghdad, umat Islam kehilangan Pusat Keilmuan
di Timur. Ditambah lagi kota Andalus sebagai kota peradaban Islam masa itu
jatuh ke tampuk kekuasaan kaum Kristian Perancis yang kemudian mereka
menghilangkan seluruh simbol peninggalan peradaban Islam di sana. Setelah itu
pasukan Dinasti Mamluki yang dipimpin Sultan Qathz berhasil menaklukkan pasukan
Mongol yang bergerak ke arah Palestin menuju Mesir, pada pertempuran yang
terkenal di 'Ain Jalut (658 H./ 1260 M.).
Khabar gembira
ini menginspirasi para ulama dan penuntut ilmu datang berbondong-bondong ke
Mesir yang merupakan negara Islam teraman pada masa itu. Hal ini pula membuat
Al Azhar menjadi kiblat keilmuan agama bagi umat Islam, kerana di situlah para
ulama dari berbagai penjuru dunia berkumpul dan menuangkan ilmu mereka. Di
samping itu pula para penguasa Dinasti Mamluki sangat memperhatikan dan
memelihara penerusan Al Azhar dengan mencurahkan segala kemampuannya. Harta
wakaf, infak dan sedekah senantiasa mengalir tanpa henti untuk menjamin
kesejahteraan dan kesinambungan para pendidik dan pelajar.
Jawatan Syeikh Al-Akbar
Dalam tradisi
ilmu Islam terdapat pelbagai gelaran yang diberikan kepada ulamak seperti
syeikh al-Islam, hujatul Islam, Imam al-Akbar dan lain-lain. Gelaran tersebut
merupakan gelaran yang diberikan kepada
mereka yang menguasai ilmu-ilmu Islam dengan baik terutama dalam bidang
fikah. Gelaran syeikh al-Islam merupakan gelaran yang dipakai oleh golongan
salafus saleh daripada tabi’in seperti Said bin Musaib, Hassan al-Basri, Imam
Laith bin Saad, Sufian al-Sauri, Abdullah bin Mubarak dan lain-lain. Sebelum
tahun 1935M, mufti negeri Kedah dikenali sebagai Syeikh al-Islam dan
kemudian dikenali ketua Majma’
Masyakhatul-Islam (Ketua Persidangan syeikh-syeikh Islam)
Di Mesir,
ulamak yang paling tinggi kedudukannya dikenali sebagai syeikh al-Azhar. Beliau
berperanan untuk mengelola dan mengurus institusi al-Azhar. Al-Azhar telah
mempunyai 43 Syeikh al-Azhar. Mereka terdiri daripada 17 syeikh yang bermazhab
Syafi’i, 16 syeikh bermazhab Hanafi, 9 syeikh bermazhab Maliki. Gelaran ini
mula diperkenalkan pada abad 17M. Pada zaman Uthmaniah, syeikh al-Azhar
dilantik oleh pemerintah atas sokongan daripada ulamak keempat-empat mazhab. Pada tahun 1922, Raja Mesir berhak memilih
syeikh al-Azhar diantara tiga orang yang dicadangkan oleh Majlis Ulamak
al-Azhar.
Semasa rombakan
al-Azhar pada tahun 1961, pemilihan syeikh al-Azhar diputuskan oleh Presiden
dan semasa zaman Anwar Sadat, jawatan Syeikh al-Azhar adalah jawatan sepanjang
hayat dan tidak boleh dilucutkan kecuali kematian. Antara rombakan pada tahun
1961 juga, Syeikh al-Azhar dikenali sebagai Imam al-Akhbar dan dianggap sebagai
ketua agama yang tertinggi dan menjadi
ketua dan penasihat dalam setiap perkara yang berhubung dengan pengajian Islam
dan ketua Majlis tertinggi al-Azhar. Dalam kanun ini juga disebutkan bahawa
Syeikh al-Azhar dipilih daripada
kalangan Majma’ al-Buhus al-Islamiah
(Badan Penyelidikan Islam) atau mereka yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan oleh Majma’ tersebut.
Kemudian mereka mencadangkan kepada Presiden untuk disahkan. Demikian juga
dalam kanun ini diwujudkan jawatan Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh al-Azhar)
yang memainkan peranan semasa ketiadaan Syeikh al-Azhar.
Syeikh al-Azhar
yang pertama ialah Syeikh Muhamad al-Khuraysi (m. 1101H/1690M). Beliau
bermazhab Maliki. Syeikh al-Azhar yang paling lama memegang jawatan tersebut
ialah Syeikh Abdullah al-Shabrawi yang memegang selama 34 tahun. Beliau mula
memegang jawatan tersebut pada tahun 1137H sehingga meninggal dunia pada tahun
1171H. Syeikh al-Azhar yang paling pendek memegang jawatan tersebut ialah
Syeikh Abdul Rahman al-Nawawi iaitu selama sebulan. Antara syarat untuk
memegang jawatan ini ialah berumur 45 tahun ke atas, terkenal dengan kewarakan
dan ketakwaan, telah memiliki ijazah al-Alamiah (bersamaan ijazah M.A dan
Ph.D), mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya lima tahun di mana-mana
kuliah di Universiti al-Azhar atau pernah memegang jawatan Mufti Mesir atau
pernah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
Institusi
Syeikh al-Azhar ini memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan masa depan
al-Azhar. Syeikh Majid Salim (1882-1954M) menggariskan beberapa perkara yang
perlu diambil perhatian oleh al-Azhar iaitu; mengkaji semula buku-buku
pengajian agar bersesuaian dengan keadaan semasa, meningkatkan aktiviti
penulisan dengan memberi anugerah sehingga lahirnya generasi ilmu, membina
generasi al-Azhar yang kuat dalam membawa risalah Islam, menghantar
ulamak-ulamak al-Azhar menjadi pendakwah dan penyelidik terutama di
universiti-universiti Eropah, mengadakan hubungan dengan universiti-universiti
lain dan `menggalakkan ulamak al-Azhar menulis dalam bahasa utama dunia dalam
menjelaskan hakikat Islam.
Syeikh Muhammad
Mustafa al-Maraghi (1881-1945M) menegaskan bahawa tanggungjawab utama al-Azhari
ialah memelihara syiar-syiar Islam
dengan sempurna dan tidak ada orang lain yang dapat mengatasi
pemeliharaannya terhadap syiar-syiar tersebut. Ia menjadi contoh teladan dengan tingkah laku dan perbuatannya bukan
sekadar dengan percakapan. Perkara ini kerana tingkah laku akan memberi kesan
yang besar kepada jiwa seseorang.
Syeikh Ibrahim
Hamrus (1880-1960M) merupakan syeikh al-Azhar yang berpendirian tegas dalam
melawan penjajahan Inggeris. Beliau telah menyertai peperangan melawan tentera
Inggeris di Ismaliah dan menyeru rakyat Mesir atas nama al-Azhar melawan
penjajah. Akibatnya pihak penjajah telah
mengadu kepada Raja Mesir untuk dilucutkan jawatannya pada tahun 1952M.
Begitu juga
Syeikh al-Khadir Husain (1876-1958M) yang berpendirian tegas melawan penjajahan
Perancis di Algeria. Beliau pernah menulis buku mengkritik buku Ali bin Abdul
Raziq yang bertajuk “Islam dan Asas-Asas Pemerintahan.” Beliau juga pernah mengkritik buku Taha
Hussain yang bertajuk “ Syair Jahiliah’
yang mempertikaikan sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail serta menganggap
cerita masyarakat jahiliah itu sebagai dongeng.
Syeikh Abdul
Halim Mahmud (1910-1978M) merupakan seorang ulamak dan Syeikh al-Azhar yang
terkenal dengan kezuhudan dan kewarakan. Beliau adalah berkelulusan Ph.D dari
Universiti Serbon, Perancis pada tahun 1940 dalam kajian Tasauf Islam. Tajuk
Ph.D beliau ialah berkaitan tentang Haris bin Asad al-Muhasibi. Beliau dilantik
menjadi Dekan Usuluddin pada tahun 1964. . Pada tahun 1970, beliau dilantik
menjadi Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh Al-Azhar) dan pada tahun 1973 dilantik menjadi Syeikh al-Azhar.
Beliau telah mengarang 68 buah buku Antara pendirian tegasnya ialah menentang
Undang-Undang Kekeluargaan yang mengharamkan talak dan melarang poligami. Pada
tahun 1974, pihak pemerintah telah mengeluarkan arahan agar al-Azhar dirombak
dan al-Azhar dibawah penguasaan menteri yang mengakibatkan al-Azhar hilang kebebasan. Lalu beliau telah menghantar surat
kepada Anwar Sadat melepas jawatan pada 1 Ogos 1974 dan tidak akan memegang
jawatan tersebut kecuali digugurkan keputusan untuk menyerahkan al-Azhar kepada
pentadbiran menteri. Antara sumbangan besar beliau ialah memantapkan Majma’
al-Buhuth al-Islamiah dan menggesa agar segala harta wakaf al-Azhar
dikembalikan semula kepada al-Azhar untuk dibangunkan bagi tujuan dakwah.
Antara Syeikh
al-Azhar ialah Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq (1917-1996M) Beliau pernah
menjadi Mufti Mesir dalam era pemerintahan Anwar Sadat. Kemudian beliau
dilantik Menteri Wakaf dan kemudian
menjadi Syeikh al-Azhar pada tahun 1982. Beliau mempunyai pendirian yang tegas
terutama dalam menentang Persidangan
Penduduk di Kaherah pada tahun 1994 yang mengharus perhubungan homoseksual dan
mengharuskan penguguran dan Muktamar Wanita pada tahun 1995 di Beijing. Dalam
kenyataannya, kedua-dua persidangan tersebut adalah bertentangan dengan
nilai-nilai akhlak manusia yang waras Beliau juga telah mengeluarkan fatwa
bahawa tidak harus untuk pergi ziarah bagi menunaikan solat di Baitil Maqdis
sehinggalah ia dikembalikan kepada umat Islam.
Syeikh Muhamad
Sayyid Tantawi merupakan Syeikh al-Azhar sejak tahun 1996. Sebelum menjadi
syeikh al-Azhar, beliau pernah menjadi Mufri Mesir, Dekan Kuliah dan mengajar
di Kuliah Usuluddin. Beliau mendapat Ijazah kedoktoran daripada Universiti
al-Azhar dalam bidang Tafsir dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di
beberapa universiti di Iraq, Libya dan Arab Saudi. Beliau terkenal sebagai
seorang yang alim dalam ilmu tafsir dan mempunyai Kitab “Tafsir al-Wasit”
sebanyak 15 jilid. Beliau juga terkenal dengan kewarakan, bercakap dengan
lembut dan mudah difahami. Semasa pertemuan penulis dengan Syeikh Muhamad Sayyid
Tantawi pada tahun 2004 di pejabatnya, beliau memuji Malaysia sebagai sebuah
negara Islam yang maju dan berharap agar umat Islam dapat meningkatkan dakwah
Islamiah.
Semasa era
pentadbirannya, beliau sentiasa memberi perhatian kepada peningkatan dan
penguasaan ilmu dalam kalangan mahasiswa Malaysia di al-Azhar. Beliau sering
menyuarakan agar mahasiswa Malaysia bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan
menguasai Bahasa Arab dengan baik. Anugerah Doktor Kehormat yang diberikan oleh
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2008 kepada Syeikh Muhamad
Sayyid Tantawi merupakan pengiktirafan atas sumbangan beliau yang besar kepada
mahasiswa Malaysia di al-Azhar dan dunia Islam. Penganugerahan ini juga akan
mengeratkan hubungan al-Azhar dengan Malaysia terutama dalam bidang keilmuan.[2]
Keilmuan Syeikh
Muhammad Sayyid Tantawi terutama dalam bidang tafsir tidak boleh dipertikaikan
walaupun beliau mempunyai perbezaan pendapat dalam beberapa perkara seperti
pandangannya mengenai riba bank yang dianggap bukan salah satu bentuk riba yang diharamkan. Beliau menyatakan
perkara tersebut dalam bukunya bertajuk
“Mu’amalat al-Bunuk wa Ahkamuha al-Syar’iah”
(Muamalat Bank dan Hukum Syariat Mengenainya) yang diterbitkan pada
tahun 1990. Kenyataan beliau ini telah mendapat bantahan ramai para ulamak
termasuk Yusuf al-Qaradawi dan Jadul Hak Ali Jadul Hak, Syeikh al-Azhar ketika
itu. Syeikh Muhamad Sayyid Tantawi juga pernah mengeluarkan kenyataan
mempertahankan Islam daripada tuduhan Baba Vatikan yang mengatakan bahawa Islam
tersebar melalui kekerasan, keganasan dan pedang. Majalah al-Azhar keluaran
Disember 2006, menyiarkan kenyatan penuh dan sanggahan beliau terhadap isu itu
sebanyak 45 halaman. Dalam kenyataan itu, beliau menegaskan bahawa Islam adalah
agama yang disebarkan atas kerelaan penganutnya bukan melali paksaan. Beliau
memgemukakan hujah-hujah al-Quran, al-hadis dan sejarah dalam membuktikan
perkara tersebut.
Berikut ialah
nama-nama Syeikh al-Akbar:
1. Syekh Imam
Asy Syarief Muhamad bin Abdullah Al Kharasyi Al Maliki
2. Syekh Imam
Ibrahim Muhammad Al barmawi
3. Syekh Imam
Muhammad An Nasyraty Al Maliki
4. Syekh Imam
Abd el-Baqi Al Qulaeny Al Maliki
5. Syekh Imam
Muhammad Syanan Al Maliki
6. Syekh Imam
Ibrahim Musa Al Fayoumy Al maliki
7. Syekh Imam
Abdellah Al Syabrawi Asy syafi'i
8. Syekh Imam
Muhammad Salim Al Hifny Asy syafi'i
9. Syekh Imam
Abd Raouf Muhammad As Sujaeni Asy syafi'i
10. Syekh Imam
Ahmad Abdel Monem Ad damanhuri
11. Syekh Imam
Abdurrahman Umar Al Hanafi
12. Syekh Imam
Abu Shalah Ahmad Musa Al Arusy Asy Syafi'i
13. Syekh Imam
Abdullah Asy Syarqawi Asy Syafi'i
14. Syekh Imam
Muhammad Asy Syanwani
15. Syekh Imam
Muhammad Al Arusi
16. Syekh Imam
Ahmad Ali Ad Damhuji
17. Syekh Imam
Hasan Muhammad Al 'Athar
18. Syekh Imam
Hasan Al Quesni
19. Syekh Imam
Ahmad Ash Shaim As safti
20. Syekh Imam
Ibrahim Al Bajuri
21. Syekh Imam
Musthafa Al Arusi
22. Syekh Imam
Muhammad Al Abbasi Al Mahdi Al Hanafi
23. Syekh Imam
Muhammad Al Imbabi Asy Syafi'i
24. Syekh Imam
Hasunah An Nawawi Al Hanafi
25. Syekh Imam
Ali Muhamad Al Bablawi Al Maliki
26. Syekh Imam
Salim Al Bisyri Al Maliki
27. Syekh Imam
Ali Muhammad Al Bablawi Al Maliki (yang kedua kali)
28. Syekh Imam
Abdurrahman Asy Syirbini
29. Syekh Imam
Hasunah An Nawawi Al Hanafi (yang kedua kali)
30. Syekh Imam
Salim al-Bisyri Al-Maliki (yang kedua kali)
31. Syekh Imam
Muhammad Abu Fadhal Al Gizawi
32. Syekh Imam
Muhammad Musthafa Al Maragi
33. Syekh Imam
Muhammad Al Ahmady Adzawahiri
34. Syekh Imam
Muhammad Musthafa Al Maragi (yang kedua kali)
35. Syekh Imam
Musthafa Abdurraziq
36. Syekh Imam
Muhammad Ma'mun Asy Syanwani
37. Syekh Imam
Abdul Majid Salim
38. Syekh Imam
Ibrahim Hamrusi
39. Syekh Imam
Abdul Majid Salim (yang kedua kali)
40. Syekh Imam
Muhammad Al Hadhr Husein
41. Syekh Imam
Abdul Rahman Taj
42. Syekh Imam
Mahmud Syaltut
43. Syekh Imam
Hasan Ma'mun
44. Syekh Imam
Muhammad Al Fahham
45. Syekh Imam
Gadul Haq Ali Gadul Haq
46. Syekh Imam
Muhammad Sayyed Thantahwi
47. Syekh Imam
Ahmad Thayib
Sistem Pendidikan Masa Lalu
Sebelum ini,
masjid al-Azhar digunakan sebagai tempat pengajian ilmu yang pelbagai tanpa
sistem yang begitu tersusun rapi. Kemudian pada tahun 1911, Al Azhar beralih ke
peringkat baru dalam sistem pendidikan dengan bertambahnya subjek-subjek
pelajaran yang disampaikan.
Al Azhar tunduk
kepada keputusan UU No. 10 tahun 1911 tersebut dengan berbagai perubahan yang
ditetapkan setelahnya. Sampai kemudian keluar UU No. 33 tahun 1923 untuk
membentuk Bagian Spesialisasi. Pada tanggal 24 Jumadil Akhir 1349 H./ 1930 M.,
dikeluarkan SK dengan UU No. 49 tahun 1930 yang mengatur ulang sistem Masjid Al
Azhar serta lembaga-lembaga ilmu agama Islam. UU ini mulai berlaku pada tahun
1931.
UU ini telah
membentuk pendidikan di Al Azhar menjadi empat tingkat:
1. Ibtida'i.
Masa pendidikannya empat tahun. Subjek yang diajarkan: Fiqh, Akhlak, Tajwid,
Hafalan Al Qur'an, Tauhid, Sirah Nabi Muhammad SAW, Muthala'ah dan Mahfuzhat,
Mengarang, Nahwu, Sharf, Dikte, Kaligrafi, Sejarah, Geografi, Ilmu Matematik, Sains,
dan lain-lain.
2. Tsanawi.
Masa pendidikan lima tahun. Subjek yang disampaikan: Fiqh, Tafsir, Hadits,
Tauhid, Hafalan Al Qur'an, Nahwu, Sharf, Balaghah (bayan, badi', ma'ani), Ilmu
Syair, Muthala'ah dan Mahfuzhat, Mengarang, Sastra Arab, Matematika, Ilmu
Biologi, Kimia dan sejarahnya, Mantiq, Sejarah, Geografi, Akhlak, Pendidikan
Kenegaraan.
3. 'Aly.
Masa pendidikan empat tahun dan terbagi menjadi empat Fakulti:
A. Fakulti
Bahasa Arab. Subjek yang diajarkan: Nahwu, Wadh'u, Sharf, Mantiq, Balaghah,
Sastra Arab dan Sejarahnya, Sejarah Arab Pra Islam, Sejarah Bangsa-bangsa
Islam, Tafsir, Hadits, Tauhid, Mengarang dan Fiqh Bahasa Arab.
B. Fakulti
Syari'ah. Subjek yang diajarkan: Tafsir, Matan Hadits, Mushtalah Hadits dan
Perawi Hadits, Ushul Fiqh, Sejarah Syari'at Islam, Fiqh berkomparasi pada
problematika global serta hikmah penetapan hokum Islam, Sastra Bahasa Arab,
Ilmu Balaghah dan Mantiq.
C. Fakulti Ushuluddin.
Subjek yang disampaikan: Tauhid dilengkapi dengan argument dan sangkalan
syubhat yang marakk dewasa ini, Ilmu Logika dan Debat, Filsafat dilengkapi
bantahan terhadap filsafat yang berlawanan dengan agama, Akhlak, Tafsir,
Hadits, Sastra dan Sejarah Bahasa Arab, Sejarah Islam, Ilmu Jiwa dan Ilmu
Balaghah.
Ada juga bagian
pendidikan lain yang tidak termasuk ke dalam sistem di Al Azhar di mana para
anak didiknya tidak memenuhi syarat bila mendaftar di Fakulti atau bagian
resmi. Banyak juga di antara mereka yang berminat ingin memperluas wawasan
Bahasa Arab dan Ilmu Agamanya.
Ijazah Al Azhar
Ijazah Al Azhar
yang akan diberikan kepada mereka yang berjaya pada ujian akhir masa
pendidikannya adalah sebagai berikut:
1. Ijazah
Ibtida'i. Diberikan kepada mereka yang telah menamatkan level ibtida'inya
dan memberikan hak kepada pemegangnya untuk melanjutkan ke jenjang level
Tsanawi Bagian Pertama.
2. Ijazah
Tsanawi Bagian Pertama. Diberikan kepada mereka yang menyelesaikan tahun
pertama, kedua dan ketiga di Tsanawi Bagian Pertama dan memberikan hak bagi
pemegangnya untuk melanjutkan ke jenjang berikutnya Tsanawi Bagian Kedua.
3. Ijazah
Tsanawi Bagian Kedua. Diberikan kepada mereka yang menyelesaikan masa
pendidikannya tahun keempat dan kelima dari Tsanawi Bagian Kedua dan memberikan
hak penuh kepada pemegangnya untuk bergabung di Fakulti yang ada.
4. Ijazah
'Aliyah. Dianugerahkan kepada mereka yang menamatkan masa pendidikannya di
salah satu Fakulti. Bagi pemegangnya dapat bekerja pada bagian Tata Usaha di
Masjid Al Azhar, Lembaga Agama, Peradilan Agama, Majelis Hisbah dan Wakaf,
Mengajar di Masjid-masjid, Menjadi Khatib, Imam Masjid dan Penghulu Resmi di
Kantor Urusan Agama.
5. Ijazah
'Alamiyah. Dianugerahkan kepada mereka yang menamatkan pendidikan
spesialisasi profesi atau Subjek. Mereka yang memperoleh ijazah ini bisa
mengajar di Lembaga-lembaga Pendidikan Agama atau Sekolah-sekolah Pemerintah.
Bisa juga mengajukan ke Peradilan Agama, Lembaga Fatwa, Advokasi di Peradilan
Syari'ah dan Majelis Hisbah.
6. Ijazah
'Alamiyah dengan gelar Ustadz (Profesor). Dianugerahkan kepada mereka yang
ahli dalam satu bidang pendidikan. Bagi pemegangnya boleh mengajar di Fakulti-Fakulti
dan di bagian spesialisasi.
Wajah Moden Al Azhar
Pada tahun
1961, pada masa Syeikh Mahmud Syaltut, dikeluarkanlah undang-undang no. 103
tahun 1961 yang menetapkan Fakulti-Fakulti cabang ilmu pengetahuan umum,
seperti Fakulti kedokteran, perdagangan, tehnik, pertanian, farmasi, dan
lainnya yang dapat kita saksikan hingga sekarang. Ini merupakan kemajuan yang
patut kita syukuri.
Sebagai universiti
moden, Al Azhar turut membuka model kuliah yang diklasifikasikan dalam dua
kelompok Fakulti: ‘Ilmi (sains) dan Adaby (agama). “Gedung pusat” kedua bentuk Fakulti
itu juga terpisah, Fakulti-Fakulti ‘Ilmi sebagian besar menempati kawasan Nasr
City. Sedangkan yang Adaby umumnya berada di daerah Husein, kedua-duanya masih
dalam kota Kaherah.
Meskipun ada kumpulan
Fakulti, namun bukan maksud Al Azhar untuk memisahkan studi bidang umum dan
agama, tetapi lebih sebagai upaya menuju spesialisasi bidang pendidikan bagi
para mahasiswanya. Al Azhar juga menyediakan Fakulti khusus wanita (Kulliyatul
Banat) yang terpisah dari mahasiswa lelaki (Banin).
Selain universitinya
yang berkedudukan di Kaherah, Al Azhar telah lama membuka cabang-cabangnya di
berbagai negeri di Mesir, seperti di Iskandariyah, Thanta – Muhafadzoh
Gharbiyah, Manshurah dan Tafahna Al Asyraf – Muhafadzoh Daqahliah, Zagaziq –
Muhafadzoh Syarqiyyah, Assyuth, Dimyath, Damanhur – Muhafadzoh Buhairah dan
sebagainya.
Fakulti-Fakulti
Al Azhar Agama lelaki terdiri dari:
I. Fakulti Ushuluddin(Gelar License); masa kuliah selama empat tahun,
dengan jurusan-jurusan sebagai berikut:
a. Tafsir dan
Ilmu-Ilmu Al Qur'an
b. Hadis dan
Ilmu Hadis
c. Akidah Falsafah
d. Dakwah dan
Peradaban Islam
II. Fakulti Syari'ah (Gelar License); dengan jurusan sebagai berikut:
a. Program
Under Graduate, dengan jurusan:
1. Syariah
Islamiyah (4 tahun)
2. Syariah dan
Hukum (5 tahun)
b. Program Post
Graduate, dengan jurusan:
a. Ushul Fiqh
b. Perbandingan
Mazhab
c. Perbandingan
Hukum
d. Sosial
Politik.
III. Fakulti Dakwah (Gelar License); jurusan-jurusannya baru ada pada Post
Graduate:
1. Perbandingan
Agama
2. Kebudayaan
Islam.
IV.Fakulti
Studi Islam (Gelar License); dengan jurusan pada Post Graduate:
V. Fakulti Bahasa Arab (Gelar License); dengan jurusan:
1. Bahasa Arab
dan Adab (Umum)
2. Sejarah dan
Peradaban,
3. Pers dan
Informasi.
Fakulti-Fakulti Agama Al Azhar Wanita:
I. Fakulti Pendidkan
Islam dan Bahasa Arab (Gelar License); dengan jurusan sebagai berikut:
1. Syari'ah
Islamiyah
2. Ushuluddin
3. Bahasa Arab
Fakulti-Fakulti Umum lelaki Universiti Al Azhar Mesir:
1. Fakulti
Perdagangan (Gelar Bachelor).
Penjurusan
dimulai pada tingkat III:
Jurusan A’mal
wa Muhasabah (Management).
Ihsha’
(Akutansi).
2. Fakulti
Farmasi (Gelar Bachelor).
3. Fakulti
Kedokteran Gigi (Gelar Bachelor).
Diawali satu
tahun masa persiapan sebelum kuliah dan satu tahun masa praktek setelah kuliah.
4. Fakulti
Pertanian (Gelar Bachelor).
Penjurusan
dimulai pada tingkat III:
Jurusan Umum.
Jurusan
Pembasmi Hama.
Jurusan
Persusuan.
Jurusan Ekonomi
Pertanian.
Jurusan
Perkebunan.
Jurusan
Produksi Hewan.
Jurusan
Pengadaan Pangan.
Jurusan
Pertenaian Genetika Serangga Produktif.
Jurusan
Agronomi.
Jurusan
Agrologi.
Jurusan Teknik
Pertanian.
Jurusan
Produksi Pertanian.
Jurusan
Penyakit Tumbuh-tumbuhan.
Jurusan Hewan
Pertanian dan Nematoda.
Jurusan
Produksi Ikan.
5. Fakulti
Teknik (Gelar Bachelor).
Penjurusan
dimulai pada tingkat I:
Jurusan Teknik
Sipil.
Jurusan Teknik
Rancang Bangun.
Jurusan Teknik
Mesin.
Jurusan Sistem
Teknik dan Akutansi.
Jurusan Teknik
Pertambangan dan Perminyakan.
Jurusan Teknik
Elektro.
6. Fakulti
Bahasa dan Terjemah (Gelar Bachelor).
Penjurusan
dimulai pada tingkat I:
Jurusan Bahasa
dan Sastra Inggris.
Jurusan Bahasa
dan Sastra Spanyaol.
Jurusan Bahasa
dan Sastra Ibrani.
Jurusan Bahasa
dan Sastra Turki.
Jurusan Bahasa
dan Sastra Prancis.
Jurusan Bahasa
dan Sastra Jerman.
Jurusan Bahasa
dan Sastra Parsi.
Jurusan Bahasa
dan Sastra Afrika.
Jurusan Bahasa
Urdu.
Jurusan Bahasa
Eropa Lama.
Jurusan Bahasa
Cina.
Jurusan
Terjemah Bahasa Inggris.
Jurusan Studi
Islam dengan Bahasa Inggris.
Jurusan Studi
Islam dengan Bahasa Jerman.
Jurusan Studi
Islam dengan Bahasa Prancis.
7. Fakulti
Sains (Gelar Bachelor).
Penjurusan
dimulai pada tingkat I:
Jurusan Fisika.
Jurusan Kimia.
Jurusan
Biologi.
Jurusan Botani.
Jurusan
Mikrobiologi.
Jurusan
Zoologi.
Jurusan
Matematika.
Jurusan
Fisiologi.
8. Fakulti
Pendidikan (Gelar License).
Penjurusan
dimulai pada tingkat I:
Jurusan Studi
Islam.
Jurusan Studi
Arab.
Jurusan Studi
Inggris.
Jurusan
Geografi.
Jurusan
Sejarah.
Jurusan
Perpustakaan.
Jurusan
Informasi dan Teknologi Pendidikan.
Jurusan Bidang
Penyuluhan dan Kemasyarakatan.
Fakulti-Fakulti
Umum Wanita Universiti Al Azhar Mesir:
1. Fakulti
Study Kemanusiaan.
Memiliki
beberapa bidang (syu’bah) sbb:
Bidang
Humaniora (Gelar License).
Jurusan
Psikologi
Jurusan
Sosiologi Sejarah
Jurusan
Geografi
Bidang Bahasa
Eropa dan Terjemahan (Gelar License).
Jurusan Bahasa
Inggris dan Terjemah
Jurusan Bahasa
Prancis dan Terjemah
Bidang Bahasa
Timur (Gelar License).
Jurusan Bahasa
Parsi dan Ibrani
Bidang Tarbiyah
(Gelar License).
Jurusan Adab
dan Tarbiyah
Bidang
Manuskrip, Perpustakaan dan Informasi (Gelar License).
2. Fakulti
Perdagangan (Gelar Bachelor).
Penjurusan
dimulai pada tingkat III:
Idarah A’mal wa
Muhasabah (Management).
Ihsha’
(Akutansi).
Iqtishad
(Ekonomi).
3. Fakulti
Kedokteran (Gelar Bachelor).
4. Fakulti
Farmasi (Gelar Bachelor).
5. Fakulti
Sains (Gelar Bachelor).
Penjurusan
dimulai pada tingkat I:
Jurusan Fisika.
Jurusan Kimia.
Jurusan Botani.
Jurusan
Zoologi.
Jurusan
Matematika.
Untuk Fakulti-Fakulti
agama bagi orang asing (selain Mesir) tidak dipungut yuran kuliah, sedangkan
untuk Fakulti umum bagi orang asing diwajibkan membayar yuran kuliah, kecuali
mereka yang mendapatkan beasiswa.
Disamping semua
yang telah disebutkan diatas, Al Azhar juga mempunyai lembaga-lembaga
pendidikan yang terdiri dari Madrasah Ibtidai'yah, I'dadiyah, Tsanawiyah,
Sekolah Pendidikan Guru dan Institut Seni Membaca dan Menghafal Al Qur'an.
Program Pendidikan
Pada setiap Fakulti
Al Azhar terdapat dua program:
a. Program Under Graduate, dengan masa kuliah minima empat tahun. Lulusan program ini mendapat gelar
Lc. (Licence) atau BA. (Bachelor). Masa aktif kuliah dimulai pada bulan
September sampai Desember dengan ujian term I sekitar bulan Januari kemudian
dilanjutkan pada pertengahan Februari. Bulan Mei diakhiri dengan ujian term II
dilanjutkan ke bulan Juni. Pada program ini mahasiswa dituntut untuk:
1. Lulus pada
setiap mata kuliah, apabila tidak lulus lebih dari dua mata kuliah dianggap
tidak naik tingkat dan harus mengulang mata kuliah yang tertinggal ditahun
berikutnya. Kesempatan mengulang selama dua tahun berturut-turut, kalau masih
gagal juga akan diberhentikan (mafsul/DO).
2. Diwajibkan
menghafal Al-Qur'an sebanyak 2 juz untuk setiap tingkat bagi mahasiswa asing
non Arab.
b. Program Post Graduate (Dirasah 'Ulya), dibagi dalam dua program:
1. Program
Magister (Master), dengan masa pendidikan selama dua tahun setelah Lc, ditambah
dua tahun penulisan tesis. Untuk meraih gelar Master dituntut:
- Hafal Al
Qur'an 30 Juz bagi orang Arab dan 8 juz bagi non Arab.
- Lulus setiap
mata kuliah pada ujian lisan dan tulisan yang diadakan dalam dua gelombang
setiap tahunnya. Jika tidak lulus dalam satu mata kuliah harus mengulang
seluruh mata kuliah pada gelombang selanjutnya, dan diberi kesempatan mengulang
maksimal tiga tahun berturut-turut.
- Pada masa
penulisan tesis harus mengajukan judul dengan kerangka pembahasan, setelah
diterima kemudian ditentukan pembimbing.
2. Program
Doktor (DR/ PhD).
- Program ini
berlaku hanya untuk lulusan Magister, dan diberi waktu untuk penulisan
disertasi minimal dua tahun.
- Setelah
diterima judul disertasinya, kemudian akan ditentukan pembimbingnnya.
______________________
Disusun semula
dalam bahasa Melayu (Malaysia) oleh: Syihabudin Ahmad.
[1]
Rujuk: http://alumnialazharmesir.blogspot.my/2010/11/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html
dirujuk pada tarikh 22 November 2015.
[2] Rujuk:
http://www.mindamadani.my/jejak-ulama/item/233-mengenali-institusi-syeikh-al-azhar.html
diambil pada tarikh 22 November 2015.
0 comments:
Post a Comment